Rabu, 12 Jun 2013

Himpunan HADIS,.

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA




Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. bersabda, “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.
H.R. Muslim
Huraian:
  • Kebenaran sabdaan Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

SIFAT TAWAKKAL MEMBAWA KE SYURGA
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya.)”
(Riwayat Muslim)
Huraian:
  • Orang beriman yang bertawakal kepada Allah dan tidak berasa bimbang tentang masalah rezekinya adalah seperti burung yang berusaha mencari rezeki setiap hari untuk hari itu sahaja.
  • Orang yang hatinya seperti burung yakni benar-benar berserah dan percaya jaminan Allah kepada dirinya akan dimasukkan ke Syurga.
  • Sifat yakin dan tawakal amat dituntut dalam Islam.


MISKIN TETAPI KAYA

Dari Abu Hurairah r.a katanya: ”Yang disebut orang miskin itu bukanlah peminta-peminta yang diberi orang satu atau dua buji kurma atau sesuap atau dua suap makanan. Tetapi sesungguhnya orang miskin itu ialah orang yang tahu menjaga diri (dari meminta-minta). Jika kamu mahu bacalah firman Allah SWT “…. mereka tidak meminta-minta kepada orang ramai dengan mendesak-desak …”(al-Baqarah:273)

(Muslim)


Huraian:
  • Setiap insan di dunia ini bercita-cita untuk menjadi kaya raya. Dalam Islam seseorang itu tidak dianggap kaya hanya dengan memiliki harta yang banyak, tetapi kaya yang sebenar di samping ia mempunyai harta ialah bila memiliki jiwa dan hati yang jauh lebih mulia dari hartanya itu.
  • Orang yang miskin tetapi kaya maruah tidak bergantung harap dan belas kasihan daripada orang lain. Sekalipun tidak berharta ia tidak menunjukkan kelemahan dan kekurangannya itu dengan cara mendesak, meminta-minta sedekah daripada orang lain tetapi berusaha memperbaiki nasib dirinya dengan segala tenaga dan upaya, melakukan sebarang pekerjaan yang halal untuk mencari rezeki. Al-Quran ada menyebutkan sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas maksudnya:”(Pemberian sedekah itu adalah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam) yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka; orang kaya-oleh orang yang mengetahui halnya kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta,. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah) apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya.” (al-Baqarah:273)
  • Islam amat membenci kemiskinan kerana ia boleh membawa kepada kekufuran. Malah bagi sebuah negara yang kaya, maju dan membangun rakyatnya harus dididik untuk menabur kebajikan, sebagai tempat si kaya berbudi, si miskin dirai dan dibantu bukan tempat di mana kesenangan hanya berkisar pada si kaya manakala si miskin terus merana